Tuesday, June 14, 2011

Biskut Batik / Kek Batik (tanpa telur)

Assalamualaikum. Ni nk kongsi satu lagi resepi. Ni dr arwah kwn mak yg bagi. semoga rohnya dicucuri rahmat dan pahala beliau berterusan. Amin.
Pls try! Yg pnting senang.. :D

Bahan-bahan (satu adunan )

2 roll biskut marrie (satu paket)
240 gram planta
3/4 tin susu pekat manis
2 1/2 senduk kecil serbuk chocolate (seelok2nya van houten)
1 sudu milo


Cara-cara

1. Patah biskut marrie jadi setengah letak ke tepi dlu
2. bukak api perlahan dan cairkan planta
3. masukkan susu pekat kacau sampai sebati.
4. Masukkan serbuk chocolate dan milo kacau sampai likat.

5. Tutup api dan masukkan biskut marrie dan gaul secukupnya.
6. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca.
7. Kalau nak rasa mcm KEK msukkan peti ais atas(sejuk beku) but kalau nk rasa mcm
BISKUT/ranggup msukkan kt peti ais bawah.



look delicious kann? :)

Biskut Kacang

Assalamualaikum..
Tiba-tiba teringat pasal biskut ni..saje post kt sini untuk kongsi resepi.
biskut ni sedap n simple.

Boleh la cuba kt rumah ye!

Bahan-bahan :

200 gm kacang tanah - goreng & tumbuk halus
200 gm gula halus
250 gm tepung gandum
minyak mazola
1 biji telur
Sedikit badam cincang (untuk hiasan)



Cara penyediaan :
Gaul tepung gandum, gula dan kacang tanah hingga sebati. Kemudian masukkan minyak mazola secukupnya hingga adunan menjadi lembut dan tidak berketul. Bulat-bulatkan adunan sebesar guli. Kemudian atur dalam dulang pembakar dan letakkan sebiji kacang sebagai hiasan di atasnya. Supaya kacang tidak terpisah daripada biskut selepas dibakar, sapukan kuning telur dan taburkan badam di atasnya dan hasilnya ia akan kelihatan lebih cantik.


Lawa x?? hee....:)