Monday, March 26, 2012

Resepi Lasagna Terbaek!


Kenapa resepi ni terbaek??
sbb dye bagi step yg detail plus ade gambar..
Mmg mudah bg yg first time nk try..<3

Resepi oleh Kak Ana Suzana
Dicopy n paste : http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com
Terima Kasih byk2 kak Ana..:)


Bahan2 utama ada ialah :

Kepingan lasagna..

celur jap kulit lasagna ni.. nak kasi lembut cepat bila di masak kang..


Bahan2 utk buat inti daging :

1. sos prego . 14oz = 397gm (aku beli yg tin sbb yg botol xde halal.. ==' )


2. Cendawan butang ~ di buang airnya dan di potong dadu (Aku gune jenama Rex sbb jenama ni dh abis. Jenama Rex pon ade halal)


3. Daging cincang 400 gram.. (gune daging ramly je sng.. halalan taiban) :)


4. Serbuk black pepper dan serbuk oregano


5. Bawang besar dan bwg putih 5 ulas di potong dadu


6. Keju mozarella


7. Keju parmesan.. ~


8. Sos cili 1 sudu besar ~ taknak letak pun takpe

9. Garam secukup rasa


Bahan2 utk Sos Putih :

1. 2 sudu besar butter


2. Keju cheddar.. nak lg mudah korang guna je 2 keping keju cheesedale (Aku gune Cheesedale)


3. 250 ml susu full krim.. nak guna fresh milk pun boleh


4. 2 sudu besar tepung gandum

5. garam secukup rasa


Cara Membuat inti Daging :

Masukkan 4 sudu besar minyak masak.. aku guna minyak zaitun


Tumis bwg2 yg di cincang td.. tggu sampai naik bau..


Masukkan pula daging cincang..


Gaulkan hingga daging berubah jd kaler mcm di atas..


Kemudian tuang sos prego td.. tuang semua sekali..


Gaul sebati sampai jd mcm ni..


Masukkan garam secukup rasa..


Masukkan serbuk oregano..


Masukkan pulak cendawan butang..


Masukkan sesudu besar sos cili..


Tabur serbuk black pepper


Siappp..!!


Meh buat Sos Putih pulak :

Cairkan butter..


Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati.. pastikan guna api kecik je ye..


Masukkan susu full krim..


Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sampai keju tu sebati..


Masukkan garam secukup rasa.. kacau sampai likat sikit


Siappp.. sila tutup api..

Cara Melapis Lasagna :

Ambik loyang yg sesuai.. suka hati korang le nak guna loyang apapun.. susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang..


Taburkan dgn inti daging td.. rujuk gmbr di atas ye..


Tuangkan sos putih.. lg banjir lg bagus.. tutup sampai hilang pandangan inti daging tu..


Taburkan cheese parmesan dan mozarella


Ulang balik cara yg sama.. suka hati korang le nak buat berapa layer.. yg penting last sekali mesti sos putih dan cheese yg di tabur.. ada paham..!! tp standart adalah 3 layer aje..


Lasagna yg dah siap di tabur dgn keju.. suka byk2 keju.. terbaikkk..


Masukkan dlm oven..

Make sure oven dah di panaskan awal2 dgn suhu 180 celsius.. bakar sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya.. dlm 30-40 minit gak kot.. bergantung pd size oven korang.. guna api atas bwh ye..


Hasil slps di bakar..


Slps di potong.. tgk le limpahan sos putih yg digabungkan dgn cheese.. meleleh2..

Saturday, February 25, 2012

Menaiplah Kerana Allah,


Taiplah satu ayat yang boleh memberi kesan kepada seorang,
Jika tidak mampu menaip satu perenggan yang boleh memberi kesan kepada sekampung,
Sekurang-kurangnya tulis sesuatu perkara yang boleh beri peringatan setiap hari,

kerana saham amalan yang diamalkan oleh mereka akan sampai kepada kita walaupun kita telah MENINGGAL DUNIA BERTAHUN LAMANYA.

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah jariah, atau ILMU yang memanfaatkan, dan doa anak yang soleh” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Buk
hari].



THE Prophet (peace be upon him) said: "Convey from me even if one ayah (verse) for it may be that the one being informed will comprehend better that the one listening (at present)." (Al-Bukhari)

Lelaki Idaman Wanita ;-)



Jadilah seorang lelaki yang beriman,Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,Yang sentiasa dahaga akan pahala,Yang solatnya adalah maruah dirinya,Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,Yang menjaga tutur katanya,Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki, Yang menghormati ibu bapanya,Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,Yang menjaga matanya dari berbelanja,Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,Yang tidak pernah membazirkan masa,Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,Suaranya lesu kerana penat berzikir,Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,Bangunnya Subuh penuh kecergasan,Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,Yang sentiasa mengingati mati,Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

oleh: SADAT TAHFIZ

12 Barisan Di Akhirat


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya;

“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” Surahan-Naba’:18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada saya, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka nuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.

“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..Wallahua’alam

Sumber: http://www.murabbiy.com/

Sejadah Corak Babi

SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.


“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

HARIAN METRO


p/s: kena berhati-hati & teliti klau jualan lelong mcmni...

Friday, February 24, 2012

KAHWIN AWAL : BAGUS KE ATAU LEBIH BERMASALAH ?



Nak menulis tentang perkahwinan ini, saya jadi takut-takut. Bukan kerana saya takut kerana terlalu muda dalam membincangkan hal-hal berkaitan ini, kadang-kadang, saya sudah letakkan sumbernya bukan daripada hasil nukilan saya, tetapi masih lagi ramai yang melihat bahawa ini adalah sebahagian hasil penulisan saya. Maka tidak hairanlah selepas ini, saya bergelar 'Doktor Pakar Baitul Muslim' dengan sahabat-sahabat.

Hah.. ini isu yang agak seronok untuk diperbincangkan, tapi saya bukanlah orang yang layak untuk memberi pendapat berkenaan isu ini. Isunya memang kena pada batang hidung saya memandangkan dulu pernah ada cita-cita sebegini. Bak kata seorang kakak , "kena kahwin dahulu, baru boleh bincang isu ini dengan mendalam..." Baiklah, akak... Saya akur, huhu... (~_^)

KAHWIN AWAL
Pengarang : Hilal Asyraf (ms.langitillahi.com)

Kahwin awal. Ramai akan memberikan pro dan kontranya. Benda ini biasanya diutarakan oleh remaja, pelajar. ‘Awal’ yang dimaksudkan dalam ayat ‘kahwin awal’ itu biasanya dilihat pada umur 23 ke bawah. Sebab bila dah umur 24, orang tak ramai bising menyatakan itu awal. Walaupun ada juga sebahagian orang yang saya jumpa, dia kata bahawa kahwin umur 25 itu awal juga. Katanya umur 30 baru ok. Entahlah.

Cuma biarlah saya fokuskan ‘kahwin awal’ ini kepada yang berumur 23 ke bawah ya. Sebab ada benda dalam artikel ini yang saya suka nak khaskan buat mereka yang berumur baya-baya saya ini.

Pertamanya, saya bukan nak kata ‘kahwin awal itu betul’ atau ‘kahwin awal itu salah’. Pada saya, kahwin awal boleh jadi betul, dan boleh jadi salah. Pokok pangkalnya, dalam hal kahwin awal, saya suka untuk membawa diri saya dan diri kita semua untuk melihat semula kepada dua perkara utama dalam isu kahwin awal.

1. Membina rumah tangga.

2. Orang yang hendak membina rumah tangga.

Kenapa saya tak sebut ‘kahwin’. Sebab ‘kahwin’ memang senang. Sehari je kahwin. Majlis kahwin. Akad nikah. Dan lain-lain. Sehari sahaja. Tetapi siapa nak berumah tangga sehari sahaja? Kalau ada tak mengapa. Tak payah baca yang ini.

TUJUAN BERUMAH TANGGA

Maka saya membawa pada asas terlebih dahulu. Apa tujuan berumah tangga? Rata-rata remaja akan mengutarakan jawapan seperti berikut:

1. Cinta.

2. Tak nak berdosa. Nak tunduk pandangan. Jauhi zina.

3. Nak lorongkan nafsu ke jalan yang benar.


Biasanya untuk pemuda yang belajar sikit, dia akan mengutarakan hadith ini sebagai dalilnya.

Rasulullah SAW ada bersabda:

“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri…”
(Muttafaq ‘Alaih)

Maka di sini, ramai yang melihat kahwin awal adalah solusi kepada cintanya yang berbuah semasa remaja, semasa belajar. Kahwin awal adalah solusinya untuk menjauhkan dosa dari berhubungan cara yang tidak dibenarkan Islam. Kahwin awal adalah solusi untuk dia menjaga diri dari dari nafsu yang tidak terkawal dan sebagainya.

Tetapi, benarkah tujuan berumah tangga hanya itu?

Rumah tangga bukan sekadar itu.

Rumah tangga hakikatnya adalah madrasah pertama kepada manusia. Sedar atau tidak, ia adalah hakikat yang tidak boleh ditolak. Majoriti masyarakat dunia lahir dari institusi rumah tangga. Mungkin sebahagian kecil lahir di tengah hutan, di lorong gelap, dan membesar tanpa keluarga, itu adalah kes yang boleh dikira terpencil berbanding majoriti seluruh dunia.

Apabila kita memandang bahawa rumah tangga adalah madrasah membina individu-individu dalam masyarakat, dan tanpa kita sedari rumah tangga merupakan asas terpenting kepada sebuah masyarakat, negara, dan ummah.

Memang wujud institusi lain dalam kehidupan kita seperti nurseri, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti. Itu kalau tidak kita campur dengan institusi ‘underground’ baik yang baik, mahupun yang buruk.

Tetapi kita dapat lihat betapa ‘asas peribadi’ yang datang ke institusi-institusi tadi hakikatnya sudah terbina sebelum mereka masuk ke institusi-institusi tadi. Di manakah ianya terbina?

Di rumah. Di dalam rumah tangga. Di tangan mak ayah, atau sesiapa sahaja yang menjadi ‘guru pertama’nya di tempat dia membesar. Maka sekali lagi kita lihat bahawa, asasnya adalah rumah tangga.

Maka, dapatkah kita dapat membayangkan bagaimana nanti sekiranya rumah tangga yang terbina adalah rumah tangga yang rosak, apakah efeknya kepada pembinaan masyarakat dan ummah?

Ya. Akhirnya kita melihat bahawa, rumah tangga yang kita bina bukan semata-mata kita. Kita hakikatnya sedang membina ummah. Rumah tangga bukan sekadar sehari dua.

Baik. Memahami perkara tadi, maka kita perlu melihat bahawa rumah tangga adalah satu perjalanan yang panjang. Bukan sehari dua, kemudian kita robohkan. Pada rumah tangga itu ada tanggungjawab. Tujuannya bukan semata-mata kepuasan hawa nafsu, hendak menjauh daripada dosa dan cintan-cintun semata-mata. Ia meliputi hendak membuat lebih banyak kebaikan(dengan membina rumah tangga yang bermanfaat untuk Islam, mampu memberi sumbangan kepada Islam) dan membawa definisi cinta yang sebenar, yakni hendak bersama hingga ke syurga.

Dan akhirnya kita dapat lihat di sini bahawa rumah tangga bukanlah keseronokan dua individu bernama suami dan isteri semata-mata. Bukanlah di dalamnya wujud semata-mata keindahan. Tetapi wujud juga halangan dan cabaran.

Maka di sini kita melihat bahawa, ada tanggungjawab lain menanti kita di dalam rumah tangga. Tanggungjawab yang memerlukan kita serius dan matang dalam membuat keputusan. Tanggungjawab yang memerlukan kita bijak dalam mengawal emosi dan perasaan. Tanggungjawab yang memerlukan kita mempunyai peribadi yang baik dan mampu mendidik. Tanggungjawab yang memerlukan kita mempunyai teknik pengurusan yang baik dan mampu merancang dengan baik.

Semua ini kita perlukan untuk menjalankan rumah tangga yang baik dan diredhai oleh Allah SWT. Dapatkah kita melihat besarnya rumah tangga?

Entahlah. Kalau saya, saya pandang rumah tangga itu macam inilah. Maka datanglah hal kahwin awal.

Apabila membicarakan hal kahwin awal, maka guru saya, Cikgu Azmi Bahari ada menyatakan berkenaan: “Yang layak berkahwin”.

Ya. Sebenarnya pada saya, kahwin awal itu bukanlah masalah sekiranya yang nak kahwin awal itu sudah layak berkahwin. Maka timbul persoalan, siapakah yang layak berkahwin.

Cikgu Azmi Bahari cakap pada saya:

“Sekiranya enta dah mampu nak sara keluarga, itu dikira layak berkahwinlah.”
Sebahagian orang akan melihat bahawa ini satu cubaan membangkitkan kepentingan wang dalam berumah tangga. Maka ada orang akan kata pada saya bahawa, jangan takut fasal duit, itu semua nanti adalah tu.

Baik, saya bukan takut fasal duit. Dan saya tak rasa Cikgu Azmi Bahari berkata ke arah itu juga. Pada saya, maksud sara keluarga ini adalah orang itu mampu menyara dirinya sendiri terlebih dahulu. Mampu menyara diri ini, tidaklah semestinya duit banyak. Maksudnya, dia mampu berdikari, menguruskan dirinya, mampu mencari sumber wang dan mampu berusaha. Bukan hidup bergantung kepada orang lain, bukannya orang yang tidak mahu mempertingkatkan diri apabila menyedari kekurangan, bukannya mendapat wang dari sumber yang dia tidak usahakan dan sebagainya.

Hal ini apabila kita pulang kepada apa yang saya nyatakan pada sub topik-sub topik sebelumnya, maka ia adalah amat relevan.

Kita perlu menampung satu tanggungjawab yang berat dan besar. Bukan sekadar hendak memberi makan, bahkan memimpin orang ke syurga. Bukan sekadar untuk keseronokan diri, tetapi untuk kebaikan ummah. Maka adakah sebenarnya kita layak melakukan sesuatu perkara yang sangat besar ini, dalam keadaan kita sendiri tidak pandai menguruskan diri dan berdikari?

Jadi, apabila kita sudah mampu menguruskan diri sendiri dan pandai berdikari, tidak kiralah umur berapa pun, maka kahwinlah sekiranya mahu. Bina rumah tangga. Sebab itu dahulu, orang tidak hairan dengan datuk nenek kita yang berkahwin umurnya 17 tahun, 16 tahun, 15 tahun dan sebagainya. Bukan sebab pada umur itu mereka sudah mempunyai harta yang banyak. Tetapi sebab mereka sudah layak berkahwin. Mereka pandai mengurus diri dan berdikari dengan baik.

Boleh bandingkan datuk nenek kita masa umur mereka 17 tahun, dengan pelajar SPM 17 tahun hari ini.

Pada saya, kalau sekadar ‘mampu’ untuk menampung kos perkahwinan yang hanya makan masa sehari itu, semua orang boleh. Yang mampu RM40,000, kahwin dengan RM40,000. Ada juga yang buat majlis sekitar RM2,000 sahaja. Kahwin memang senang.

Tetapi berumah tangga? Itu satu perkara yang lain.

Tak mengapa, mak ayah tampung.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
(An-Nur : 32)


Maka ada remaja yang hendak kahwin awal, merasa mudah dengan bergantung terus kepada ibu bapa mereka berdasarkan dalil di atas.

“Tak apa, ayah ana ada.”

“Tak apa, mak ana boleh tampung.”

“Kos majlis kahwin, hantaran, semua ummi ana bayar.”

“Ayah ana kata dia nak hadiahkan rumah dan kereta. Ana tak payah risau dah.”

Hakikatnya. Pada asas, ibu bapa tidak perlu menampung anak lelaki mereka. Sepatutnya, seorang lelaki yang mempunyai hajat untuk berkahwin, perlulah berusaha untuk memenuhi keperluannya agar mampu berkahwin dan menggerakkan rumah tangga.

Tetapi bukanlah salah apabila kita hendak menjaga kehormatan Islam dengan mengelak tragedi seperti berzina, rogol dan sebagainya dengan ibu bapa menampung atau membiayai perkahwinan si anak dan mempermudahkan perjalanan rumah tangganya.

Cuma kenapa saya bangkitkan hal ini di sini?

Kerana saya hendak kita kembali melihat kepada tujuan rumah tangga dan peranannya kepada ummah seperti di atas. Pada saya, orang yang hendak berkahwin awal, kemudian meletakkan pergantungan rumah tangganya kepada kedua ibu bapanya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Rumah minta mak ayah belikan. Kereta nak mak ayah tampung. Sedangkan majlis kahwin dan segala urusannya juga mak ayah yang berikan dana. Tiada dari duit sendiri yang dikumpul dengan penat lelah. Tiada dari usaha keras sendiri berusaha mencari dana. Maka di sini ada satu kepincangan dalam isu memandang berat terhadap tanggungjawab.

Bahkan, kita dapat melihat bahawa isu menampung keperluan hidup berumah tangga adalah tanggungjawab ketua keluarga yakni Si Suami. Bukan tanggungjawab ibu bapa Si Suami.

Rasulullah SAW bersabda:(Hadith riwayat Ahmad)
“Sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah yang makan dari hasil usaha kamu sendiri”


Dan firman Allah SWT:
“…dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.”
(Al-Baqarah : ayat 233)

Jadi apakah seorang ketua keluarga, yang dalam perhitungan dan perancangannya: “Tak apa, mak ayah ana ada. Diorang boleh sara ana dengan isteri.”

Persoalannya, apakah kahwin dan rumah tangga itu semata-mata hal penyaraan?

KONSIKUENSI TIDAK MATANG DALAM RUMAH TANGGA

Apabila tujuan berumah tangga tidak jelas, atau yang mendirikan rumah tangga tidak matang, tidak mampu, maka kesan terhadap rumah tangga adalah buruk.

Perceraian, kepincangan, anak-anak yang tidak terurus, kehidupan yang tidak bahagia dan lebih buruk lagi kepincangan ummah dan kemerosotan kualiti masyarakat. Oh, jangan ceritalah pada saya berkenaan mencari keredhaan Allah SWT dan membawa keluarga bersama ke syurga apabila rumah tangga sudah tidak terurus.

Remaja cenderung melihat kahwin awal adalah satu-satunya penyelesaian dalam hal cinta, menjauhi dosa, takut zina dan sebagainya, sekaligus mematikan opsi-opsi yang lain yang hakikatnya wujud. Sepatutnya kita berpandangan jauh dan melihat dengan teliti.

Apakah kebaikan sebentar kemudian membawa keburukan yang bertali arus itu solusi yang hakiki?

Maka habisilah dan telitilah sabda Rasulullah SAW itu. Maka saya suka hendak menunjukkan kepada anda akan baki daripada hadith Rasulullah SAW yang saya utarakan di awal artikel ini tadi.

Rasulullah SAW ada bersabda:
“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri…”
(Muttafaq ‘Alaih).

Sempurnya hadith itu adalah begini:

Rasulullah SAW ada bersabda:
“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri, dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu baginya adalah benteng.”
(Muttafaq ‘Alaih).

Kahwin awal hanyalah untuk orang yang layak berkahwin awal. Yang mampu. Justeru, apabila kita menyedari bahawa kita bukanlah dari golongan yang ‘mampu’, maka hendaklah kita berpuasa dan memohon perlindungan daripada Allah, menjauhkan diri dari punca-punca yang boleh mendorong kita ke arah keingkaran kepadaNya, dan pada masa yang sama bermati-matian berusaha mempertingkatkan diri kita untuk menjadi orang yang layak berkahwin, orang yang mampu berkahwin.

Diperhatikan semula, hadith ini selain dinyatakan perihal kahwin sebagai solusi, ia juga mengutarakan ‘bertahan dan mempertingkatkan diri’ sebagai solusi. Apakah natijah puasa? Taqwa. Dan taqwa itu natijahnya adalah peningkatan terhadap peribadi. Mengapa Rasulullah tidak tinggalkan solusinya sekadar ‘kahwin’ semata-mata?

Kerana ‘mampu’ adalah satu indikator yang amat penting dalam berumah tangga.

Rumah tangga bukan perkara sehari dua.

Rumah tangga bukan hal kamu berdua (lelaki dan perempuan).

Rumah tangga hal ummah pada hakikatnya.

Kita kahwin bukan semata-mata nak halalkan chit-chat kita dalam YM.

Kita bukan berkahwin semata-mata untuk halalkan pegang tangan peluk-peluk.

Kita bukan berkahwin semata-mata nak halalkan telefon kita bergayut-gayut selama ini.

Kita bukan berkahwin semata-mata kerana nak halalkan dating kita selama ini.

Bukan semata-mata itu semua dan bukan.

Rumah tangga lebih besar dari hal kita berdua. Ia lebih panjang dari apa yang kita sangkakan. Bukan terbina atas suka-suka semata-mata. Tetapi perlu dibina dengan perancangan hakikatnya.

Penutup: Saya bukan kata tak boleh kahwin awal.

Artikel ini bukan melarang kahwin awal. Kalau rasanya sudah mampu, kahwinlah. Artikel ini juga bukan melarang ibu bapa untuk tampung anak-anaknya kahwin awal. Kalau rasa anak-anak itu sudah mampu menguruskan sebuah rumah tangga, maka tampunglah. Artikel ini juga bukanlah nak memberat-beratkan orang bujang yang nak menikah. Saya tak rasa pun ini memberat-beratkan. Kalau rasa sudah layak, tiada masalah, kahwinlah. Umur 15 pun saya tak larang kalau dah layak.

Artikel ini wujud supaya generasi hari ini tidak memandang enteng akan perkahwinan dan rumah tangga yang hendak dibina. Pada saya, kahwin adalah ibadah. Kehidupan berumah tangga adalah ibadah. Semuanya ada saham dalam pembentukan ummah. Justeru kita perlu pandang serius akan hal membina rumah tangga. Kalau benar cinta, cinta mesti hendak bersama ke syurga.

Kahwin bukan semata-mata melempiaskan hawa nafsu, bermain-main, syok-syok, suka-suka.

Kahwin adalah untuk membina rumah tangga, madrasah pertama kepada ummah.

Mengapa tidak boleh kita pandang lebih serius akan hal ini?

Kata-kata guru saya amat saya ingati:

“Perkahwinan hanyalah gerbang. Rumah tangga adalah perjalanan selepas kita melepasi gerbang itu.”
~ Pakcik Rosdi bin Baharom, kini Pengarah HEP di Kolej Teknologi Darulnaim, Kelantan.

Ini sekadar cambahan idea saya. Untuk ditimbang-timbangkan.